LG V30 Akan Dilengkapi Skrin Timbal Balas Haptik HD TouchSense
LG

LG V30 Akan Dilengkapi Skrin Timbal Balas Haptik HD TouchSense

Diterbitkan pada Ogos 14, 2017 oleh .

Interaksi jari dengan skrin pada peranti Android buat masa ini terhad kepada beberapa getaran haptik apabila elemen antaramuka ditekan. Pada iPhone, sistem 3D Touch telah digunakan sejak dua tahun yang lalu. Pada LG V30, sistem tindak balas haptik HD TouchSense akan digunakan bagi memberikan getaran lebih realistik.

Teknologi rekaan Immersion ini akan memberikan timbal balas yang berbeza bergantung kepada situasi. Sebagai contoh pada aplikasi kamera, pengguna dapat merasakan seperti menekan butang pengatup sebenar pada kamera DSLR. Pada tetapan manual pula, HD Touchsense akan memberikan tindak balas seperti memusingkan tombol pada kamera sebenar.

Immersion ialah syarikat yang menghasilkan sistem getaran pada pengawal permainan DualShock 4 PlayStation 4. Sejauh manakah perbezaan sistem HD TouchSense ini berbanding 3D Touch hanya akan diketahui apabila LG V30 dilancarkan pada 31 Ogos kelak.


TIPS & ULASAN