League Of Legends Perlu Membayar Ganti Rugi Kepada Legenda Bola Sepak Edgar Davids

League Of Legends Perlu Membayar Ganti Rugi Kepada Legenda Bola Sepak Edgar Davids

Diterbitkan pada Ogos 14, 2017 oleh .

Edgar Davids ialah pemain legenda yang terkenal dengan imej garang. Semasa aktif di padang bola sepak, pemain dari Belanda ini kerap dilihat memakai cermin mata dan rambut ala dreadlocks. Mahkamah Belanda hujung minggu lalu menetapkan Riot Games, pembangun permaian video League of Legends perlu membayar ganti rugi kepada beliau.

Ini adalah kerana watak Striker Lucian didapati mempunyai terlalu banyak persamaan dengan Edgar Davids. Oleh sebab itu Riot Games perlu berkongsi jumlah keuntungan yang diperolehi mereka dengan penggunaan Striker Lucian di Belanda. Peratusan dari keuntungan ini perlu dibayar sebagai ganti rugi kepada bekas pemain Inter Milan, Juventus dan Ajax.

Keputusan mahkamah ini boleh dianggap ironi kerana Riot sendiri sedang dalam proses menyaman Mobile Legends yang didakwa meniru watak LOL.


TIPS & ULASAN