Cari @ Amanz

Terdapat banyak cara untuk memiliki sesebuah peranti. Selain dari menabung atau melakukan lebih dari satu pekerjaan, anda juga boleh memilih untuk melakukan pembayaran secara ansuran. Terbaru vivo telah bekerjasama dengan Senheng dalam menawarkan peranti V5S dan juga V5 Plus.

Menerusi kerjasama ini, pengguna boleh memilih pilihan bayaran ansuran tanpa faedah (0% interest) sehingga dua tahun untuk kedua-dua peranti diatas. Pengguna juga bakal menerima jaminan tambahan 1 tahun terhadap peranti, menjadikan peranti tersebut dijamin oleh vivo selama dua tahun. Selain dari itu terdapat hadiah berupa aksesori seperti kit selfie dan juga pemegang telefon untuk kenderaan, serta Senheng Mobile Starter Pack iaitu pelan telekomunikasi dengan kredit permulaan RM 6.

Bagi anda yang tidak mengenali peranti ini, vivo V5 Plus merupakan peranti utama yang diketengahkan dengan fokus untuk selfie dengan dwi-kamera 20MP di hadapan. Ia dikuasakan oleh Snapdragon 625 dengan 4GB RAM dan storan . vivo V5s pula merupakan penawaran hampir sama dari segi kamera selfie 20MP, tetapi berbeza menggunakan cip MediaTek MT6750.

Promosi ini berlangsung dari 10 Ogos sehingga 30 September di kesemua cawangan Senheng dan juga SenQ. Malah pengguna juga boleh mendapatkannya secara atas talian dan penghantaran percuma disediakan.

Penafian: Advertorial dari vivo Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd