Samsung Gear Fit2 Pro Tertiris – Dijangka Menyertakan Sokongan Spotify Luar-Talian

Samsung Gear Fit2 Pro Tertiris – Dijangka Menyertakan Sokongan Spotify Luar-Talian

Diterbitkan pada Ogos 15, 2017 oleh .

Menjadi kebiasaan untuk Samsung memperkenalkan sebuah peranti boleh-pakai ketika memperkenalkan peranti utama mereka. Bersama-sama Galaxy Note 8 yang dijadualkan pengenalan pada penghujung bulan Ogos ini, Samsung turut dijangka memperkenalkan Gear Fit2 Pro kepada umum.

Gear Fit2 Pro mengekalkan penggunaan sistem operasi Tizen, dan hadir dilengkapi skrin berwarna untuk memudahkan pengguna mengikuti waktu semasa, selain pada masa yang sama melihat ringkasan hasil aktiviti mereka pada sesuatu hari.

Samsung Gear Fit2 Pro

Daripada apa yang @evleaks kongsikan, Gear Fit2 Pro turut dijangka dilengkapi sokongan kalis air “5 ATM”, yang mana membolehkan peranti ini digunakan ketika berenang.

Disamping itu, Gear Fit2 Pro turut dijangka dilengkapi sokongan GPS, dan menariknya kebolehan memainkan lagu – termasuk sokongan meainkan Spotify secara luar talian.

Harga jualan dan maklumat lanjut mengenai gelang tangan pintar ini dijangka diketahui pada acara pelancaran Galaxy Note 8 pada penghujung bulan ini.


TIPS & ULASAN