Cari @ Amanz

Pada tahun lepas, pengeluar permainan terkemuka, Blizzard mengatakan mereka akan menghentikan penggunaan jenama Battle.net dan beralih kepada penjenamaan Blizzard seperti beberapa produk lain. Walaubagaimanapun, kini selepas melalui beberapa fasa, pihak Blizzard mengambil langkah untuk meneruskan nama Battle.net.

Blizzard Battle.net

Blizzard mengatakan kini ia akan dikenali dengan nama Blizzard Battle.net, dan mereka akan menggunakan ia bersama logo baru.

Dari segi teknologi, ia akan kekal sama dimana menghubungkan para pemain untuk bersaing secara atas-talian.

Dengan perubahan ini, mungkin ia akan mengekalkan nostalgia lama, sekaligus memudahkan lagi pengguna mengenali perkhidmatan atas-talian milik Blizzard.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd