StarCraft Remastered Dengan Sokongan 4K Kini Ditawarkan Untuk PC Dan Mac

StarCraft Remastered Dengan Sokongan 4K Kini Ditawarkan Untuk PC Dan Mac

Diterbitkan pada Ogos 15, 2017 oleh .

Blizzard hari ini telah mula menawarkan StarCraft Remastered, iaitu versi penambah-baikkan untuk permainan StarCraft asal dengan sokongan grafik 4K.

Dari segi penawaran permainan, ia mengekalkan ciri permainan StarCraft klasik atau yang asal, dimana para pemain boleh mengalami dan memainkan kembali permainan ini dari misi awal, sehinggalah bersaing dengan rakan-rakan lain dalam peperangan strategi masa-nyata.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan ia daripada Blizzard Shop hari ini pada harga $14.99, dan dimainkan pada PC atau Mac. Selain versi ini, versi asal permainan StarCraft juga turut telah ditawarkan secara percuma kepada para pemain sejak beberapa bulan yang lepas.

Beli : StarCraft Remastered


TIPS & ULASAN