Bahasa Jawa Dan Sunda Antara 30 Bahasa Baru Disokong Sistem Menaip Mengguna Suara Google

Bahasa Jawa Dan Sunda Antara 30 Bahasa Baru Disokong Sistem Menaip Mengguna Suara Google

Diterbitkan pada Ogos 15, 2017 oleh .

Menaip menggunakan suara sering kali kami gunakan ketika memandu. Ia lebih selamat kerana pengguna tidak terganggu dan ini adalah lebih selamat. Fungsi ini kini menyokong 30 bahasa baru. Bagi pengguna di Nusantara, dua bahasa yang baru yang diperkenalkan ialah Jawa dan Sunda.


Dengan penambahan 30 bahasa baru ini, sistem menaip menggunakan suara Google kini menyokong 119 bahasa. Pada waktu yang sama, pengguna Bahasa Inggeris kini boleh menaip emoji dengan kawalan suara. Sebagai contoh sekiranya anda ingin menaip emoji senyum, anda hanya perlu memberikan arahan “smiling emoji”. Berikut ialah senarai penuh 30 bahasa baru yang disokong dengan variasi dialek tempatan.

  1. Amharic (Ethiopia)
  2. Armenian (Armenia)
  3. Azerbaijani (Azerbaijani)
  4. Bengali (Bangladesh, India)
  5. English (Ghana, Kenya, Nigeria, Tanzania)
  6. Georgian (Georgia)
  7. Gujarati (India)
  8. Jawa (Indonesia)
  9. Kannada (India)
  10. Khmer (Cambodian)
  11. Lao (Laos)
  12. Latvian (Latvia)
  13. Malayalam (India)
  14. Marathi (India)
  15. Nepali (Nepal)
  16. Sinhala (Sri Lanka)
  17. Sunda (Indonesia)
  18. Swahili (Tanzania, Kenya)
  19. Tamil (India, Singapore, Sri Lanka, Malaysia)
  20. Telugu (India)
  21. Urdu (Pakistan, India)

TIPS & ULASAN