Aplikasi Google Contacts Kini Boleh Dimuat Turun Peranti Lollipop Dan Ke Atas

Diterbitkan pada Ogos 15, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sekiranya anda pernah menggunakan peranti Nexus, Pixel,Android One atau Google Play Edition, aplikasi Google Contacts digunakan bagi menguruskan buku alamat peribadi. Aplikasi ini sebelum ini hanya boleh dimuat turun oleh peranti yang tergolong di dalam keluarga empat peranti yang kamu sebutkan tadi. Bermula semalam, Google Contacts kini boleh dimuat turun hampir semua pemilik Android.

Google Contacts boleh dimuat turun peranti yang menggunakan Android Lollipop dan ke atas. Menerusi aplikasi ini, masalah akaun berganda dapat diselesaikan dengan lebih pantas serta mudah. Ia turut boleh memberikan saranan maklumat yang boleh diletakkan pada individu yang tersenarai di dalamnya. Untuk memuat turun sila klik pautan di bawah.

Muat turun aplikasi Google Contacts dari Play Store

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami