Penuras Pikachu Ditawarkan Kepada Pengguna Snapchat

Penuras Pikachu Ditawarkan Kepada Pengguna Snapchat

Diterbitkan pada Ogos 15, 2017 oleh .

Pika Pika Pi! Berita yang menarik bagi peminat tikus kuning dengan kuasa elektrik dari siri Pokemon. Snapchat hari ini menawarkan penuras khas Pikachu untuk jangka masa yang terhad. Menerusi penuras ini, pengguna Snapchat boleh mengubah wajah mereka menjadi Pikachu.

Selain daripada itu terdapat animasi serangan elektrik. Apabila mulut dibuka Pikachu akan muncul dan berselfie dengan anda. Untuk menggunakan penuras ini anda hanya perlu membuka aplikasi Snapchat dan ia adalah penuras pertama yang ditawarkan di dalam aplikasi. Selamat berselfie sebagai tikus elektrik kegemaran anda hari ini.


TIPS & ULASAN