Google Dilaporkan Membayar Apple RM 12.8 Billion Untuk Kekal Menjadi Enjin Carian Peranti iOS

Google Dilaporkan Membayar Apple RM 12.8 Billion Untuk Kekal Menjadi Enjin Carian Peranti iOS

Diterbitkan pada Ogos 15, 2017 oleh .

Enjin carian nombor satu dunia ialah Google. Frasa “cuba Google” digunakan hampir setiap hari bagi mencari jawapan kepada persoalan harian. Di majoriti peranti Android, Google ialah enjin carian tetap (default). Menurut laporan CNBC, Google akan membayar Apple $3 Billion (~RM 12.88 Billion) tahun ini untuk kekal sebagai enjin carian pada peranti iOS.

Ini ialah bayaran tiga kali ganda lebih tinggi berbanding $1 Billion
(~RM 4.29 Billion) yang dibayar Google kepada Apple pada tahun 2014. Dengan bayaran ini Google akan menyumbang kepada 5% keuntungan Apple pada tahun ini. Mengapakah Google sanggup membayar harga yang tinggi untuk menjadi enjin carian tetap? Laporan yang sama mengatakan peranti iOS menyumbang 50% pendapatan enjin carian peranti mudah alih Google.


TIPS & ULASAN