Razer Base Station Chroma Dilancarkan – Pemegang Fon Kepala Merangkap Hab USB
Artikel Berkaitan

Razer Base Station Chroma Dilancarkan – Pemegang Fon Kepala Merangkap Hab USB

Diterbitkan pada Ogos 15, 2017 oleh .

Penggunaan audio binaural membolehkan pemain berada benar-benar di dalam dunia permainan  video. Untuk menikmati audio ini, pemain disarankan untuk menggunakan fon kepala. Razer baru sahaja melancarkan fon kepala Tiamat mereka dua minggu yang lalu dan kini mereka melancarkan pemegang fon kepala Razer Base Station Chroma.  pula.

Pemegang fon kepala ini unik kerana menyokong sistem lampu Chroma yang mampu memaparkan lebih 16 Juta warna. Kelipan dan warna lampu boleh dikustomasi oleh pengguna. Ia turut boleh dipadankan dengan kerdipan pada tetikus, pad tetikus dan papan kekunci Razer yang menyokong sistem Chroma. Pada waktu yang sama ia turut hadir dengan hab USB terbina. Tiga port USB-A 3.0 disertakan bagi membolehkan pelbagai aksesori digunakan. Razer Base Station Chroma akan mula dijual pada suku ke-tiga 2017 pada harga $59.99 (~RM 257) sebuah.


TIPS & ULASAN