Bas Awam Singapura Boleh Dipanggil Seperti Perkhidmatan Perkongsian Kereta Di Masa Hadapan

Bas Awam Singapura Boleh Dipanggil Seperti Perkhidmatan Perkongsian Kereta Di Masa Hadapan

Diterbitkan pada Ogos 15, 2017 oleh .

Perkhidmatan perkongsian kereta merevolusikan perkhidmatan kenderaan awam di seluruh dunia. Di Kuala Lumpur misalnya pengguna tidak perlu lagi melayan kerenah pemandu teksi yang enggan menggunakan meter. Tambang kini lebih murah dan konsisten tanpa perlu risau menjadi mangsa tipu. Agensi Pengangkutan Darat Singapura (LTA) sedang mencari pembagun menghasilkan aplikasi yang membenarkan penumpang memanggil bas awam apabila diperlukan.
Aplikasi akan membolehkan bas di luar laluan biasa untuk mengambil penumpang apabila dipanggil sebelum kembali ke laluan asal. Penumpang tidak perlu menanti bas dengan nombor tertentu untuk pergi ke destinasi pilihan. Perkhidmatan ini akan ditawarkan di kawasan dengan kekerapan bas yang rendah dan ketika di luar waktu puncak. Menurut LTA, dengan perkhidmatan bas “laluan dinamik” ini, masalah penumpang menunggu dengan lama di pondok bas dapat diselesaikan.

LTA kini membuka tender terbuka kepada pembangun yang ingin menghasilkan aplikasi “Uber untuk bas” ini. Apabila dihasilkan kelak, ia akan diuji di Joo Koon . Punggol North/West  dan Shenton Way/Marina South. Adakah perkhidmatan “perkongsian bas” evolusi seterusnya selepas perkongsian kenderaan?


TIPS & ULASAN