Waymo Mempatenkan Kereta Swapandu Dengan Tubuh Yang Melembut Apabila Terlanggar Pejalan Kaki

Waymo Mempatenkan Kereta Swapandu Dengan Tubuh Yang Melembut Apabila Terlanggar Pejalan Kaki

Diterbitkan pada Ogos 15, 2017 oleh .

Kenderaan swapandu akan digunakan dengan meluas dalam masa terdekat. Antara dilema moral yang tercetus dengan penggunaan kecerdasan buatan untuk memandu kenderaan ialah siapakah perlu dipersalahkan sekiranya kemalangan berlaku? Pemandu ataupun kereta? Waymo telah dianugerahkan paten kereta swapandu dengan tubuh yang melembut apabila ia terlanggar pejalan kaki.

Paten dianugerahkan pada 8 Ogos yang lalu dan diharap dapat mengurangkan kecederaan pejalan kaki yang dilanggar kenderaan swapandu di masa hadapan. Sistem sebenar ini dilakukan tidak pula diterangkan. Maklumat yang diberikan hanyalah sistem sensor kenderaan yang dapat mengenalpasti objek yang dilanggar. Sekiranya ia mengesan pejalan kaki, penunggang basikal atau haiwan sistem kabel secara automatik akan melembutkan tubuh kereta. Sebuah paten yang menarik dan boleh juga digunakan pada kenderaan yang tidak mempunyai kemampuan swapandu di masa hadapan.


TIPS & ULASAN