Instagram Mula Memaparkan Komen Dalam Bentuk Bebenang

Instagram Mula Memaparkan Komen Dalam Bentuk Bebenang

Diterbitkan pada Ogos 16, 2017 oleh .

Facebook sedia memaparkan komen dalam bentuk bebenang (thread) dalma membolehkan sesuatu perbincangan diperlanjutkan dan tidak lari topik. Kini, Facebook turut memperluaskan ciri sama kepada Instagram.

Instagram Komen

Bermula hari ini, Instagram mula memperkenalkan ciri komen secara berbentuk bebenang, dimana apabila anda membalas sesuatu komen, ia akan dipaparkan dibawah komen berkenaan – dan bukannya sebagai komen berasingan seperti sebelum ini.

Ia sekaligus membuatkan perbincangan di Instagram lebih tersusun.

Pengguna Instagram boleh dapat melihat ciri baru ini bermula kemaskini terbaru aplikasi Android dan iOS.


TIPS & ULASAN