Pengguna Dijangka Boleh Menggunakan Tag RFID Untuk Pembayaran Tol Seawal Tahun 2018

Pengguna Dijangka Boleh Menggunakan Tag RFID Untuk Pembayaran Tol Seawal Tahun 2018

Diterbitkan pada Ogos 16, 2017 oleh .

Dengan peralihan pelbagai plaza tol ke arah pembayaran elektronik sepenuhnya, kini penyedia tol tempatan turut sedang melihat kepada kaedah pembayaran dan pemprosesan yang lebih efisyen – iaitu menggunakan tag RFID.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengatakan sekurang-kuranya satu lorong akan disediakan bermula Januari tahun hadapn untuk pembayaran menggunakan teknologi RFID ini.

RFID Tag Tol

Melalui penggunaan teknologi RFID, pengguna perlu melekatkan sebuah pelakat khusus pada kenderaan – dan plaza tol akan mengesannya menggunakan gelombang radio. Ini akan menjadikan proses melalui tol lebih pantas dan efisyen – tanpa mempunyai masalah seperti pada SmartTag hari ini.

Buat masa ini, LLM telah mulakan ujian berperingkat untuk teknologi tag RFID ini pada kenderaan polis, ambulans dan juga bomba. Secara keseluruhan, LLM menyasarkan untuk memperkenalkan ia secara sepenuhnya mejelang 2020 kelak.


TIPS & ULASAN