Cari @ Amanz

Kemudahan dimainkan dimana-mana ialah sebab mengapa Nintendo Switch mendapat sambutan yang luar biasa. Konsol mudah alih ini boleh dimainkan pada TV dan juga dibawa berjalan seperti sebuah tablet. Tetapi kini wujud dok Ojo yang memberikan Switch kemampuan dimainkan di mana-mana permukaan rata.

Ojo ialah dok untuk Switch dengan sebuah projektor terbina. Menurut pereka Ojo, dok rekaan mereka ini mampu memaparkan imej sebesar 120 inci pada keterangan 200 lumens. Ia mempunyai bateri 20000 mAh yang membolehkannya berfungsi tanpa sambungan palam elektrik. Sepasang pembesar suara stereo terbina turut disertakan.

Pada waktu yang sama ia juga boleh disambungkan kepada komputer riba sekiranya tidak digunakan oleh Switch. Produk ini masih belum dijual tetapi pereka Ojo mempunyai perancangan mengumpul dana menerusi Indiegogo dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd