Cari @ Amanz

Adakah anda mahukan papan kekunci yang tahan lasak dan boleh digunakan bertahun lamanya? Sekiranya ya kami amat menyarankan penggunaan papan kekunci mekanikal. SteelSeries Apex M570 ialah sebuah lagi papan kekunci mekanikal yang dilancarkan hari ini. Ia mempunyai kerangka yang diperbuat daripada aluminium kelas aeronautik.

 

Apex M570 turut menggunakan suis QX2 buatan Steelseries. Ini berbeza dari suis Cherry MX yang digunakan oleh mereka sebelum ini. Sokongan lampu RGB disertakan dengan perisian Steelseries Engine. Perisian ini membolehkan pengguna melakukan kustomasi warna yang dipaparkan pada kekunci. SteelSeries Apex M570 dijual pada harga $140 (~RM 601) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd