Cari @ Amanz

Sukan SEA 2017 akan dibuka secara rasminya dalam masa beberapa hari sahaja, dan sejumlah perkara telah ditawarkan – termasuk sebuah aplikasi khusus, pelekat pada Facebook Messenger dan sebagainya. Kini, ia dilihat acara pembukaan untuk Sukan SEA 2017 turut akan dipertontonkan dalam video 360-darjah.

Penawaran ini sekaligus akan membolehkan para pengguna mendapatkan pengalaman seumpama berada dalam stadium ketika pelancaran. Disamping itu, ia turut membolehkan anda menikmatinya menggunakan set realiti-maya dari mana-mana anda berada.

Acara pelancaran ini akan berlangsung bermula 6 petang pada hari Sabtu ini, 19 Ogos 2017.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd