Celcom Hadir Dengan Pelan Data 100GB Pada Langganan RM188 Sebulan

Celcom Hadir Dengan Pelan Data 100GB Pada Langganan RM188 Sebulan

Diterbitkan pada Ogos 16, 2017 oleh .

Celcom hari ini mengemaskini penawaran pelan pascabayar mereka, dimana penyedia telekomunikasi berkenaan telah melancarkan dua pelan tambahan – dinamakan First Gold Supreme dan juga First Platinum Plus. Kedua-dua pelan ini adalah penambahan kepada pakej Celcom First sedia ada dipasaran, sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna.

Celcom Pelan Baru

Dua pelan baru yang ditawarkan adalah:

  • FIRST Gold Supreme – RM128 sebulan untuk 25GB data setiap hari, 25GB data hujung minggu + 25GB data untuk Video Walla.
  • FIRST Platinum Plus – RM188 sebulan untuk 100GB data setiap hari + 100GB data untuk video Walla.

Kedua-dua pelan in turut hadir dengan sokongan utama untuk perkhidmatan pelanggan berbanding yang lain dengan mendail 1881.

Celcom First Baru

Disamping itu, pelan sedia ada Celcom FIRST turut dikemaskini.

  • FIRST Platinum – RM148 sebulan untuk 30GB data harian + 30GB data hujung minggu + 30GB data Video Walla.
  • Semua pelan Celcom FIRST hadir dengan sokongan panggilan tanpa had.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak pelan baru ini dan mendaftar untuknya bermula hari ini.


TIPS & ULASAN