Samsung Malaysia Membuka Pendaftaran Minat Untuk Galaxy Note 8

Samsung Malaysia Membuka Pendaftaran Minat Untuk Galaxy Note 8

Diterbitkan pada Ogos 16, 2017 oleh .

Samsung Malaysia kini melalui laman rasmi mereka telah memulakan pendaftaran minat untuk peranti akan datang daripada pengeluar Korea Selatan berkenaan, iaitu Galaxy Note 8. Pada halaman daftar minat tersebut juga, Samsung secara kasar memperlihatkan sejumlah ciri-ciri yang dibawakan olehnya.

Daripada apa yang diperlihatkan, Galaxy Note 8 dilihat akan menyertakan skrin bersaiz lebih 6-inci, dilengkapi sokongan kecerdasan buatan Bixby, sokongan sekuriti yang lebih baik, jangka hayat bateri lebih lama, kamera yang sangat baik, kalis air dan debu, serta ruangan storan yang besar.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pendaftaran minat dan menerima emel promosi Galaxy Note 8 selepas ia dilancarkan atau apabila ia sedia untuk ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Daftar Minat : Galaxy Note 8


TIPS & ULASAN