Cari @ Amanz

Sony Xperia XZ1 akan dilancarkan di acara IFA penghujung bulan ini. Namun rekaan peranti ini telahpun tertiris lebih awal bersama dengan sebahagian spesifikasi. Xperia XZ1 dilengkapi skrin 5.2″ dengan sokongan HDR, pemproses Snapdragon 835 dan storan 64GB. Kamera utama sebesar 19-Megapixel dengan teknologi Motion-Eye dan kamera hadapan pula sebesar 13-Megapixel.

Dari segi rekaan peranti diperbuat daripada logam dan tidak banyak berbeza dengan peranti Xperia yang lain. Menarik sekali kawasan sentuhan NFC kini terletak bersebelah flash. Pada bahagian kanan terdapat butang kuasa merangkap pengimbas cap jari. butang kawalan suara dan kamera.

Peranti ini hadir dengan sistem audio stereo S-Force dan sokongan Hi-Res Audio. Akhir sekali peranti ini mempunyai ketahanan air IP68. Terdapat juga fungsi baru 3D Creator yang setakat ini masih lagi misteri. Sama-sama kita nantikan pelancarkan peranti ini dalam masa beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd