Bagaimana Mengambil Gambar Terbaik Menggunakan Huawei P10?

Bagaimana Mengambil Gambar Terbaik Menggunakan Huawei P10?

Diterbitkan pada Ogos 22, 2017 oleh .

Huawei P10 dan Huawei P10 Plus menawarkan keupayaan fotografi mudah-alih yang menyeluruh, dengan menawarkan sejumlah fungsi menarik untuk digunakan sewaktu sesi penggambaran. Melalui kehadiran sensor kamera hasil kejuruteraan bersama Leica, Huawei P10 memberikan kualiti penggambaran yang cukup jitu, melalu padanan dwi-kamera 20MP berasaskan sensor monokrom dan berwarna.

Dengan penawaran fungsi pengimejan yang pelbagai ini, beberapa teknik menarik boleh digunakan untuk mendapatkan gambar yang terang dan menarik dengan hanya menggunakan Huawei P10.

Gunakan Rule of Third

rule-of-thirds-copyTeknik Rule of Third ini dapat memudahkan anda memposisikan objek, dengan meletakkannya sejajar dengan garisan intersection pada bahagian kiri atau kanan. Hasil daripada menggunakan teknik ini, ia akan memberi penggambaran yang seimbang, dengan fokus kepada objek dan juga latar belakang.

Bagi mengaktifkan fungsi ini pada aplikasi kamera Huawei P10, slide ke kiri untuk ke paparan Option > Camera Grid > Grid.

Gunakan Hybrid Zoom

Untuk penggambaran objek yang berada pada jarak yang sedikit jauh, fungsi Hybrid Zoom yang didatangkan pada Huawei P10 dapat membantu anda untuk berada pada posisi semasa tanpa perlu berganjak untuk berhampiran dengan objek. Ia membolehkan gambar yang diambil berada dalam kualiti tinggi, seperti mana menggunakan peranti yang mempunyai keupayaan zoom optikal.

Untuk menggunakan fungsi ini, buat pinch zoom pada viewfinder kamera Huawei P10 sehingga paparan zoom 2.0x dipaparkan.

Utamakan Portrait Mode Untuk Penggambaran Manusia

Apabila ingin mengambil gambar yang memfokuskan kepada manusia, aktifkan Portrait Mode untuk mendapatkan hasil penggambaran yang lebih menarik. Ia akan mencerahkan lagi wajah pada subjek manusia yang diambil, selain menampilkan kesan vignette dan bokeh untuk hasil penggambaran ala Leica. Untuk mengaktifkan mod ini, tekan pada ikon berbentuk potret pada butang di bahagian tengah.

Fungsi Portrait Mode ini juga turut ditawarkan pada kamera hadapan Huawei P10, yang mana kini dijana dengan sensor 8MP f/1.9 bersama lensa hasil kejuruteraan bersama Leica.

Wide Aperture Mode Untuk Gambar Memfokuskan Objek

Untuk penggambaran yang memfokuskan kepada objek pula, anda boleh menggunakan fungsi Wide Aperture Mode, untuk mendapatkan penggambaran dengan kesan bokeh seumpama yang diambil dari kamera DSLR. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan kedudukan dan kekuatan fokus pada gambar, anda boleh mengubahnya dengan hanya membuat suntingan pada Gallery.

Gunakan Monochrome Mode Untuk Penggambaran Lebih Artistik

Sensor monokrom yang didatangkan secara natif pada Huawei P10 membolehkan anda mendapatkan penggambaran hitam dan putih yang lebih cantik, melalui perwarnaan dan mendapan warna hitam yang lebih mendalam. Penggambaran jenis ini memberikan mood fotografi yang lebih berbeza, terutama untuk tujuan penceritaan dan paparan seni melalui gambar.

Untuk mengaktifkannya, slide ke kanan semasa berada pada viewfinder dan tekan pada butang Monochrome.

Bermain Dengan Pro Mode

Untuk mendapatkan pengambaran low-light yang lebih baik, anda juga boleh bermain dengan shutter speed dan kadar ISO yang berada pada fungsi Pro Mode. Bagi mendapatkan hasil yang menarik, tetapkan kadar shutter speed yang lebih perlahan seperti 1/8 (atau 1/6, 1/5, 1/4, 0.3), dengan kadar ISO yang rendah seperti ISO 50, 100, 200.

Gunakan Night Mode Untuk Keupayaan Automatik

Sekiranya tripod ada bersama anda, fungsi Night Shot membolehkan anda mendapatkan penggambaran malam yang lebih cantik, dengan penetapan seperti shutter speed dan ISO yang dilakukan secara automatik. Apa yang anda hanya perlukan hanyalah dengan menekan butang Night Shot dan biarkan kamera melakukan proses pengambilan gambar dalam beberapa saat.


Beberapa fungsi menarik lagi yang boleh diaplikasikan seperti Light Painting untuk memudahkan anda mengambil gambar berorientasikan lukisan cahaya. Anda juga boleh mencuba beberapa fungsi lain pada Pro Mode seperti Metering, Exposure, dan kawalan fokus untuk meningkatkan lagi kemahiran fotografi anda.

Apa yang penting, sentiasa cuba untuk berekperimen dengan fungsi fotografi yang didatangkan supaya anda dapat membiasakan diri untuk menghasilkan kualiti penggambaran yang menarik, unik, dan mempunyai penceritaan tersendiri. Selamat berfotografi!

Penafian: Advertorial dari Huawei.


TIPS & ULASAN