Ghost Kini Mencapai Angka Versi 1.0 – Platform Yang Memfokuskan Penulisan Blog

Ghost Kini Mencapai Angka Versi 1.0 – Platform Yang Memfokuskan Penulisan Blog

Diterbitkan pada Ogos 16, 2017 oleh .

Ghost merupakan salah satu sistem untuk penulisan artikel, dimana ia telah ditawarkan kepada umum sejak 2013 yang lepas. Berbeza dengan WordPress yang kian dilengkapi pelbagai ciri-ciri baru, Ghost memfokuskan kepada hanya penulisan dan penerbitan tanpa menggunakan pelbagai penambahan padanya. Ia juga mengunakan NodeJS, dan bukannya PHP atau MySQL seperti kebiasaan.

Kini, selepas melalui lebih 99 versi keluaran, Ghost kini telah mencapai angka versi 1.0.

Ghost CMS

Ghost memfokuskan kepada kemudahan penulisan berasaskan kepada Markdown, dan melalui Ghost 1.0, ia menyertakan editor baru dalam membolehkan anda menghasilkan halaman yang kompleks dengan lebih mudah.

Secara kasar, sekiranya anda gemar untuk menulis, maka Ghost mungkin salah satu platform yang sesuai untuk anda.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mencuba Ghost dengan memuat-turun failnya dan memasang pada pelayan anda, atau turut mencubanya dengan mendaftar akaun pada perkhidmatan hos Ghost hari ini.

Bacaan Lanjut : Ghost – Platform Memfokuskan Penulisan Blog


TIPS & ULASAN