Asus Memperkenalkan Keluarga Peranti Zenfone 4 – Semuanya Hadir Dilengkapi Dwi-Kamera

Asus Memperkenalkan Keluarga Peranti Zenfone 4 – Semuanya Hadir Dilengkapi Dwi-Kamera

Diterbitkan pada Ogos 17, 2017 oleh .

Asus hari ini telah memperkenalkan secara rasminya keluarga peranti Zenfone 4 yang mana terdiri daripada Zenfone 4, Zenfone 4 Pro, Zenfone 4 Max Pro, Zenfone 4 Selfie, dan juga Zenfone 4 Selfie Pro. Menariknya, kesemua peranti dibawah keluarga Zenfone 4 ini hadir dilengkapi dengan sokongan dwi-kamera – sama ada dihadapkan atau di belakang.

Asus Zenfone 4

Pertama sekali di bawah keluarga peranti ini adalah Zenfone 4. Zenfone 4 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip Snapdragon 660, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 64GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang yang menggabungkan sensor 12-megapixel dan 8-megapixel, selain kamera hadapan 8-megapixel. Zenfone 4 turut hadir dengan bateri berkapasiti 3300mAh, dan menggunakan pengecas berasaskan USB-C. Ia turut menyertakan sokongan Bluetooth 5.0 bersama-sama dengannya, serta menjalankan Android 7.0 Nougat dengan antaramuka ZenUI 4.0.

Asus Zenfone 4 Pro

Asus Zenfone 4 Pro adalah versi peranti dengan spesifikasi paling tinggi. Ia hadir dengan skrin 5.5-inci AMOLED dengan paparan HD penuh, menggunakan cip 10nm Snapdragon 835, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 128GB. Ia menggunakan gabungan dwi-kamera dengan sensor 12-megapixel dan 16-megapixel yang menawarkan keupayaan zoom optikal sehingga 2 kali. Kamera belakang ini turut hadir dilengkapi sokongan autofokus berasaskan lazer, dan pemprosesan imej SuperPixel Engine. Zenfone 4 Pro turut menggunakan kamera hadapan 8-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 3600mAh dengan pengecas USB-C, Bluetooth 5.0, dan juga Android 7.0 Nougat dengan antaramuka ZenUI 4.0.

Asus Zenfone 4 Selfie Pro

Peranti ketiga yang diperkenalkan oleh Asus di bawah keluarga Zenfone 4 adalah Asus Zenfone 4 Selfie Pro. Seperti kedua-dua diatas, ia turut dilengkapi skrin bersaiz 5.5-inci AMOLED dengan paparan HD penuh, menggunakan cip Snapdragon 625, memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan sehingga 64GB. Zenfone 4 Selfie Pro hadir dengan dwi-kamera di hadapan, dimana ia menggunakan gabungan sensor 24-megapixel DuoPixel (menggunakan sensor 12MP IMX362) + sensor 5-megapixel. Untuk kamera belakang pula, ia menggunakan sensor 16-megapixel. Ciri kamera tambahan dinamakan Selfie Master turut disertakan pada telefon pintar ini. Peranti ini turut dilengkapi bateri berkapasiti 3000mAh dengan pengecas berasaskan mikro-USB, dilengkapi Android 7.0 dengan antaramuka ZenUI 4.0.

Asus Zenfone 4 Selfie

Asus Zenfone 4 Selfie pula adalah telefon pintar dengan spesifikasi lebih rendah, tetapi turut hadir dengan dwi-kamera hadapan untuk memudahkan anda merakamkan gambar selfie yang cantik. Ia hadir dengan skrin 5.5-inci HD penuh IPS LCD, menggunakan cip Snapdragon 430, memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB. Ia menggunakan dwi-kamera hadapan gabungan 20-megapixel dan 8-megapixel, selain kamera belakang 16-megapixel. Peranti ini turut menggunakan bateri berkapasiti 3000mAh, pengecas berasaskan mikro-USB, serta menjalankan Android 7.0 Nougat dengan antaramuka ZenUI 4.0.

Asus Zenfone 4 Max Pro

Peranti terakhir yang diperkenalkan adalah Asus Zenfone 4 Max Pro yang memfokuskan kepada tenaga bateri. Ia turut menggunakan skrin 5.5-inci pada resolusi 720p dengan panel IPS, menggunakan cip Snapdragon 425, memori sehingga 3GB RAM, ruangan storan sehingga 32GB, dan menggunakan dwi-kamera dibelakang. Dwi-kamera belakang menggunakan gabungan sensor 16-megapixel dan 5-megapixel, sementara kamera hadapan pula menggunakan sensor 16-megapixel. Melengkapkan peranti in adlah bateri berkapasiti 5000mAh, serta menggunakan pengecas berasaskan mikro-USB.

Di Malaysia, Asus Zenfone 4 Selfie, Asus Zenfone 4 Selfie Pro dan juga Asus Zenfone 4 Max dijangka hadir terlebih dahulu, dan akan disusuli yang lain selepas itu.


Zenfone 4Zenfone 4 ProZenfone 4 Selfie ProZenfone 4 SelfieZenfone 4 Max

 

Asus Zenfone 4
Semua menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci
1080p Super IPS+ LCD 1080p AMOLED 1080p AMOLED 720p IPS LCD 720p IPS
Snapdragon 660 Snapdragon 835 Snapdragon 625 Snapdragon 430 Snapdragon 425
Sehingga 6GB RAM
Sehingga 4GB RAM
3GB RAM
12MP+8MP Belakang 12MP+16MP Belakang
16MP Belakang
16MP+5MP Belakang
8MP Depan
24MP+5MP Depan 20MP+8MP Depan 16MP Depan
3300mAh 3600mAh
3000mAh
5000mAh
USB-C
mikro-USB 2.0
Android 7.0 + ZenUI 4.0

TIPS & ULASAN