Apple Watch LTE Mungkin Tidak Boleh Melakukan Panggilan Telefon

Apple Watch LTE Mungkin Tidak Boleh Melakukan Panggilan Telefon

Diterbitkan pada Ogos 17, 2017 oleh .

Apple Watch dengan sokongan LTE dipercayai akan dilancarkan tidak lama lagi. Evolusi seterusnya bagi jam tangan pintar popular ini pastinya melakukan panggilan selular tanpa memerlukan sebuah iPhone. Tetapi menurut pendapat penganalisa Ming Chi Kuo, ini ialah fungsi yang mungkin tidak akan disertakan.

Apple Watch Series 2Ini adalah kerana pada pendapat beliau Apple masih sedang memastikan sambungan selular pada Apple Watch LTE adalah stabil terlebih dahulu. Apabila ianya berjaya diperbaiki, barulah fungsi ini akan diaktifkan bagi mengelakkan rungutan dari pengguna. Seperti pada iPad, Apple Watch LTE dipercayai akan menggunakan e-SIM.

Pada waktu yang sama Ming Chi Kuo turut mengatakan sokongan peranti Android untuk Apple Watch sekali lagi tidak akan disertakan. Kesukaran melancarkan penggunaan WatchOS dengan Android alah sebab sehingga kini Apple Watch tidak boleh ditambat kepada peranti Android. Adakah ada di kalangan pengguna Android di Amanz yang kecewa dengan berita ini?


TIPS & ULASAN