Cari @ Amanz

Sewaktu temasya sukan yang besar seperti SEA Games 2017 yang sedang berlangsung, salah satu masalah yang membelenggu pengendali-pengendali syarikat rangkaian mudah-alih dan para pengguna ialah ketiadaan isyarat apabila berada di kalangan orang ramai di lokasi-lokasi seperti stadium dan sebagainya.

edotco, sebuah syarikat pembekal peralatan telekomunikasi masuk membantu pengendali-pengendali rangkaian mudah-alih ini untuk membantu memperbaiki sambungan talian mereka dengan memasang peralatan In-Building Solution (IBS) yang mampu membantu meningkatkan kualiti rangkaian di dalam kawasan lokasi-lokasi temasya SEA Games 2017.

Solusi ini bukan sahaja membantu para pengguna peranti mudah-alih mendapatkan sambungan ke rangkaian-rangkaian masing-masing, malah memberi pengendali rangkaian ini sebuah cara yang mudah, cepat dan efisyen untuk meningkatkan isyarat rangkaian mereka untuk sebuah jangka-masa yang singkat.

Menurut syarikat tersebut, beberapa lokasi dimana peranti IBS ini dipasang adalah seperti KL Sports City, Stadium Bukit Jalil dan Axiata Arena. edotco juga berkata semua syarikat pengendali rangkaian terbesar di Malaysia menggunakan servis ini untuk memperbaiki mutu isyarat rangkaian mereka.

Dengan sistem IBS ini, syarikat-syarikat telko ini juga boleh menambahbaik kualiti isyarat rangkaian mereka dengan cepat sekiranya terdapat acara-acara besar yang diadakan di lokasi-lokasi ini di masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd