Nokia 8 Diperkenalkan – Hadir Dengan Dwi-Kamera Zeiss Lens, Cip Snapdragon 835

Nokia 8 Diperkenalkan – Hadir Dengan Dwi-Kamera Zeiss Lens, Cip Snapdragon 835

Diterbitkan pada Ogos 17, 2017 oleh .

HMD Global hari ini telah memperkenalkan telefon pintar flagship pertama mereka, iaitu Nokia 8. Menariknya, ia hadir dilengkapi sejumlah ciri-ciri menarik sekaligus memposisikan ia untuk bersaing dengan pelbagai flagship lain.

Nokia 8

Dari segi spesifikasi, Nokia 8 hadir dengan skrin 5.3-inci IPS LCD dengan paparan resolusi QHD, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 835, memori 4GB RAM, dan storan 64GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 3090mAh.

Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah kamera yang hadir hasil kerjasama pihak Zeiss. Ia menyertakan dwi-kamera 13-megapixel di belakang yang menggunakan sensor RGB dan juga sensor monokrom. Untuk kamera hadapan pula, ia menggunakan sensor 13-megapixel.

Nokia turut menyertakan sokongan audio hasil kerjasama dengan Ozo Audio bagi menawarkan kualiti rakaman audio yang baik kepada pengguna. Seperti penawaran peranti jenama Nokia sebelum ini, ia turut hadir tanpa penambahan antaramuka yang minima – dan mengekalkan antaramuka Android asli.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran Eropah sahaja, dan mungkin diperluaskan ke pasaran global secara berperingkat. Di Eropah, ia ditawarkan pada harga 599 Euro, iaitu sekitar RM3031.


TIPS & ULASAN