Solar Squared – Dinding Kaca Lutcahaya Dengan Panel Solar Terbina

Solar Squared – Dinding Kaca Lutcahaya Dengan Panel Solar Terbina

Diterbitkan pada Ogos 17, 2017 oleh .

Di Malaysia penggunaan blok kaca sebagai dinding pengantara kerap kami lihat. Dinding kacak lutcahaya ini mengekalkan privasi tuan rumah tetapi masih membenarkan cahaya menembusi bagi menerangi dalaman rumah. Dengan Solar Squared, ia turut boleh menjana kuasa elektrik dari sumber mesra alam.

Blok kaca Solar Squared mempunyai panel solar terbina pada permukaannya. Kaca dihasilkan dalam pelbagai warna mengikut kehendak pelanggan. Dengan penggunaan Solar Squared, pemilik rumah masih boleh menjana kuasa elektrik lestari mereka sendiri sekaligus mengurangkan kos bayaran bil bulanan.

Blok kaca dengan panel solar terbina ini akan mula dijual tahun hadapan tetapi kos setiap blok masih belum diumumkan setakat ini.


TIPS & ULASAN