Cari @ Amanz

Beberapa hari yang lepas, kita telah mendengar mengenai Google dilaporkan membayar pihak Apple untuk mengekalkan Google sebagai enjin carian utama. Hari ini, laporan susulan hadir daripada Korea Selatan, mengatakan Google turut membayar Samsung untuk memastikan enjin carian Google hadir terpasang dan menjadi enjin carian utama pada telefon pintar keluaran mereka.

Samsung dikatakan menerima bayaran berdasarkan kepada pendapatan Google daripada aplikasi yang terpasang, dan ia mungkin mencapai $3.5 bilion (~RM15 bilion) pada tahun ini.

Dengan menjadi enjin carian utama, Google boleh memastikan mereka menjana pendapatan melalui iklan yang dipaparkan apabila pengguna melakukan carian pada telefon pintar mereka. Malah, ia juga turut memastikan Google kekal sebagai enjin carian nombor satu dunia dan mendahului pelbagai pesaing yang lain.

Google sendiri menjana pendapatan utama mereka melalui pengiklanan, dan ini mungkin sebuah nilai kecil yang dibayar Google jikalau dibandingkan dengan jumlah pendapatan yang dijana Google melalui enjin carian mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd