Cari @ Amanz

Dengan pengumuman penawaran Asus Zenfone 4 Selfie Pro, Zenfone 4 Selfie dan juga Zenfone 4 Max Pro untuk pasaran Malaysia, pihak Asus Malaysia turut berkongsi mengatakan Zenfone 4 akan menyusul ke pasaran tempatan menjelang September kelak.

Ia disasarkan untuk awal September, tetapi semuanya bergantung kepada penawaran stok dan sebagainya.

Asus Zenfone 4

Asus Zenfone 4 hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan HD penuh, menggunakan cip Snapdragon 660, memori sehingga 6GB RAM, ruangan storan sehingga 64GB. Ia turut menggunakan dwi-kamera dibelakang mengabungkan lensa 12-megapixel dan 8-megapixel, selain dilengkapi kamera hadapan 8-megapixel.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Asus Malaysia juga masih belum berkongsi mengenai adakah Asus Zenfone 4 Pro akan memasuki pasaran tempatan atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd