Cari @ Amanz

Acara e-sukan dikatakan mungkin akan hadir di temasya sukan Olimpik 2024 kelak, dan pertandingan-pertandingan seperti The International hadir dengan hadiah wang tunai yang cukup lumayan yang membolehkan pemenang-pemenangnya menjadi jutawan semalaman.

Academy of Esports Iskandar Puteri (AOES) ditubuhkan oleh Iskandar Investment Berhad untuk meningkatkan lagi mutu dan prestasi atlet-atlet e-sukan di Malaysia, disamping mengasah bakat atlet-atlet e-sukan baharu untuk masa hadapan.

Dengan pembukaan AOES, akademi tersebut juga ingin memberi peluang kepada orang ramai untuk merasakan hidup sebagai seorang atlet e-sukan selama seminggu melalui sebuah bootcamp yang akan diadakan sepanjang bulan Oktober sehingga bulan Disember 2017.

Di akademi ini, pelajar bukan sahaja boleh belajar bagaimana untuk bermain permainan komputer seperti DoTA 2, tetapi juga lihat bagaimana acara-acara seperti The International dan sebagainya dibangunkan dan diuruskan secara profesional. Kursus-kursus yang ditawarkan di AOES ini cukup komprehensif dan akan mengajar anda tentang semua selok-belok mengenai pelbagai aspek yang hadir pada e-sukan ini.

Jika anda serius mahu memasuki kerjaya e-sukan ini, Academy of Esports Iskandar Puteri mungkin salah sebuah institusi yang boleh menjadikan angan-angan anda menjadi suatu realiti,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd