Cari @ Amanz

Hari ini mungkin hari yang bertuah bagi anda yang kerap bermain Dota 2. Jika sebentar tadi U Mobile telah mengumumkan Malaysia Esports League dengan kerjasama Mineski dan Logitech G, Celcom pula telah mengumumkan The Major League yang menawarkan hadiah berjumlah  RM 300,000.

Celcom menganjurkan The Major League ini dengan kerjasama Livescape Group dan Beatnation, serta disokong Iskandar Investment Berhad, Pusingan kelayakan akan diadakan bagi memilih pasukan tempatan yang bakal berentap dengan tujuh pasukan antarabangsa bagi memenangi RM 300,000.

Pusingan kelayakan akan diadakan di beberapa kafe siber di Apple Dream net, Orange E-Sport, Blitzone, Digital Fortress, dan The Panteon. Manakala pertandingan terakhir bakal diadakan di Academy Of Esports di Afiniti Medini, Iskandar Puteri, Johor.

Tiket untuk acara tersebut juga sudah mula dijualkan di laman Galactix The Major League, Championed by Celcom bermula dengan harga RM69 sehingga RM229 mengikut jenis tiket.

Bagi pelanggan Celcom pula, anda bakal mendapat diskaun 20%. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksi kejohanan Dota 2, The Major League Championed By Celcom pada 20 Oktober sehingga 22 Oktober ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd