Cari @ Amanz

Berapakah kuota data bulanan anda? Kami melanggan 15 Gigabyte data sebulan dan jarang sekali ia digunakan sehingga habis. Tetapi kami menyedari ramai yang mempunyai kuota data lebih kecil dan amat mencatu penggunaan Internet. Di Indoesia aplikasi Google Search Lite telah dilancarkan. Ia aplikasi carian yang menggunakan jumlah data yang kecil berbanding biasa.

Iklan aplikasi ini muncul di Facebook dan pengguna di Indonesia sahaja setakat ini yang boleh memuat turunnya. Terdapat pilihan Bahasa Indonesia dan tiga bahasa dari Asia Selatan. Antara aksi yang boleh dilakukan ialah carian biasa, berita, imej, cuaca, tempat, alih bahasa dan laman terhangat.

Aplikasi ini tidak boleh ditemui di Play Store dan turut kelihatan perkataan “experimental ” pada bucu atas. Sekiranya dilancarkan secara global kelak, ia akan mengurangkan penggunaan data kepada pengguna yang tidak mempunyai kuota yang tinggi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd