Cari @ Amanz

Google sebelum ini sedia menguji bar alamat URL pada pelayar web Chrome untuk Android dibahagian bawah, dan bukannya pada bahagian atas aplikasi berkenaan. Kini, selepas mengujinya pada Chrome Dev, hari ini, melalui versi terbaru Chrome Beta, Google mula menggunakan rekaan dan posisi baru berkenaan.

Dengan meletakkan bar alamat pada bahagian bawah, ia memudahkan pengguna untuk mencapai bar alamat berkenaan, dan menaip dengan mudah. Pada masa yang sama juga, ia memudahkan lagi proses pengguna untuk mengakses kandungan tambahan – seperti kandungan yang dicadangkan pada Chrome, selain mengakses kepada laman-laman kegemaran yang sentiasa dibuka.

Chrome Beta

Memandangkan ujian telah mula dilakukan pada Chrome Beta, maka tidak mustahil kita melihat Google memperkenalkan rekaan lebih kurang sama pada aplikasi Chrome versi stabil untuk Android.

Bagi anda sendiri, apakah anda meminati kedudukan bar alamat pada bahagian bawah, atau lebih meminatinya pada bahagian atas?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd