World Of Tanks War Stories Diumumkan – Mod Jalan Cerita Dengan Sejarah Perang Alternatif

World Of Tanks War Stories Diumumkan – Mod Jalan Cerita Dengan Sejarah Perang Alternatif

Diterbitkan pada Ogos 18, 2017 oleh .

World of Tanks ialah MMO bagi peminat kereta kebal. Permainan ini membolehkan pemain mengawal pelbagai kereta kebal bersejarah dan kemudian menggunakannya di dalam medan perang digital. Ia diperkenalkan pada tahun 2010 dan kini ia bakal menerima versi dengan mod jalan cerita yang membolehkan peperangan berseorangan atau bersama rakan.

War Stories meletakkan pemain di pelbagai senario alternatif dunia sejarah. Apakah terjadi sekiranya tentera berikat menyerang tentera Kesatuan Soviet di Berlin? Krisis Misil Cuba pula mungkin lebih  hangat jika Khrushchev dan Kennedy enggan mengalah. Adakah Britain akan terselamat sekiranya Hitler merentasi Selat Inggeris selepas pengunduran Dunkirk?

Bagi kaki sejarah dan kereta kebal klasik, kesemua senario di atas pastinya menarik. Jawapan kepada persoalan Sherman ataupun T-34 lebih baik boleh dilakukan di dalam medan perang World of Tanks War Stories yang bakal hadir ke PlayStation 4  dan Xbox One pada 22 Ogos ini.


TIPS & ULASAN