Essential Phone Akan Menerima Kemaskini Sistem Operasi Selama Dua Tahun

Essential Phone Akan Menerima Kemaskini Sistem Operasi Selama Dua Tahun

Diterbitkan pada Ogos 18, 2017 oleh .

Essential Phone ialah peranti pertama yang dikeluarkan oleh syarikat yang dimiliki oleh Bapa Android Andy Rubin. Walaupun diumumkan pada Jun lalu, ia masih belum dijual kepada umum dan hanya akan mula dijual di Amerika Syarikat semalam. Sempena pelancarannya Andy Rubin berkongsi sedikit sebanyak tentang masa depan Essential.

Essential Phone

Di dalam blog rasmi Essential, beliau menjanjikan peranti keluaran syarikat ini akan menerima kemaskini sistem operasi selama dua tahun. Kemaskini keselamatan pula akan diberikan selama tiga tahun.

Beliau turut memberikan sebab mengapa Essential Phone tidak mempunyai sebarang tanda dagang. Ini adalah bagi membolehkan pemilik Essential Phone benar-benar merasakan mereka memiliki peranti dan bukannya milik Essential. Aplikasi kasi terpasang juga diberikan seminimum mungkin tanpa aplikasi berganda seperti yang ditemui pada peranti-peranti Android yang lain.

Akhir sekali bahan titanium dan seramik digunakan bagi memastikan peranti mereka tahan lasak. Sungguhpun menggunakan bahan binaan premium, Essential akan memastikan harga jualan masih mampu milik. Di Amerika Syarikat, Essential Phone dijual pada harga $699 (~RM 3003).


TIPS & ULASAN