Cari @ Amanz

Siri cip pemprosesan Intel generasi ke-8 Intel Coffee Lake sepatutnya diumumkan pada 21 Ogos hadapan, tetapi kini nampaknya spesifikasi khusus untuk CPU-CPU ini telah tertiris ke arena web.

Menurut laporan oleh gambar yang tertiris dari forum ChipHell, Intel bakal memperkenalkan CPU 6-teras pertama mereka melalui Coffee Lake. CPU Intel Core i7-7800K dan Core i7-8700 dikatakan bakal hadir dengan konfigurasi 6-teras dan 12 bebenang kuasa, manakala siri CPU Intel Core i5-8600K dan i5-8600 bakal hadir dengan konfigurasi 6-teras dan 6 bebenang kuasa.

Dari segi kelajuan, CPU-CPU Intel Core i7 Coffee Lake akan hadir dengan kelajuan 3.8GHz dan 3.2GHz, manakala siri CPU Intel Core i5 pula ditetapkan pada 3.5GHz dan 2.8GHz.

Dalam pada itu, siri CPU Intel Core i3 generasi ke-8 juga bakal hadir dengan peningkatannya sendiri. Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, siri Intel Core i3 akan hadir dengan empat teras buat kali pertama, berbanding dengan hanya dua teras sebelum ini. Tiga CPU Intel Core i3 diumumkan, termasuklah Intel Core i3-8100, i3-8300 dan juga i3-8350K.

Sayang sekali, CPU-CPU Core i3 ini tidak mempunyai sokongan Hyper-Threading, tetapi sekurang-kurangnya, CPU Intel i3-8350K boleh di-overclock untuk mendapatkan prestasi yang lebih tinggi jika anda memerlukannya.

CPU Intel Coffee Lake ini dikatakan akan menyokong papan induk dengan soket LGA 1151 (Intel Z270), tetapi ada juga desas-desus yang menyatakan bahawa papan induk siri Z370 juga masih akan direka untuk digunakan dengan CPU yang baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd