Cari @ Amanz

Sistem operasi peranti pintar suatu ketika dahulu hanya dapat melakukan perkara-perkara mudah. Dengan pemproses dan RAM yang semakin moden, peranti mudah alih dipercayai boleh menggantikan komputer riba di masa hadapan. Dengan iPad Pro, Apple percaya tablet ini boleh menggantikan komputer riba dengan mudah.

Mereka berkongsi enam video baru di saluran YouTube rasmi mereka. Kesemua video menunjukkan fungsi-fungsi baru dan menarik yang diperkenalkan dengan iOS 11 untuk iPad Pro. Ia menerangkan dengan ringkas bagaimana pengguna boleh mengakses dok dan melakukan multitasking bagi mempercepatkan proses melakukan kerja. Video-video ini lebih efektif dalam mengajar pengguna fungsi baru dari manual biasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd