Cari @ Amanz

Bukan misteri peranti utama yang akan dilancarkan seterusnya oleh Huawei ialah Mate 10. Peranti ini disahkan akan menggunakan cip pemproses Kirin 970 dan rekaan hampir semua-skrin yang kini menjadi trend rekaan semasa. Misteri tarikh pelancarannya telah terjawab hari ini dengan teaser rasmi dari pihak Huawei.

Sebuah acara khas akan dilangsungkan pada 16 Oktober hadapan di Munich, Jerman. Teaser memberikan petunjuk peranti yang bakal dilancarkan berbaloi untuk dinantikan kemunculannya. Memandangkan Huawei mengatakan Mate 10 akan dilancarkan pada pertengahan Oktober, teaser ini sah adalah tarikh pelancarannya. Apakah inovasi yang bakal diperkenalkan oleh Huawei pada peranti ini? Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd