Cari @ Amanz

Google hari ini telah mengesahkan mereka akan memperkenalkan Android O pada minggu hadapan, iaitu pada 21 Ogos 2017 (waktu Amerika Syarikat). Pada acara berkenaan, Google dijangka berkongsi mengenai ciri-ciri baru yang akan dibawakan pada Android O, dan semestinya salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah nama akhir untuk Android O.

Android O

Android O dijangka menggunakan angka versi Android 8.0, dimana akan hadir dengan sejumlah kemaskini ciri-ciri baru, termasuk antaranya kemaskini pada aplikasi kamera, ciri Picture-in-Picture, kemudahan memilih teks, dan pelbagai perkara baru.

Seperti biasa, walaupun diumumkan pada minggu hadapan, ia mungkin mengambil masa beberapa bulan sebelum para pengeluar peranti utama memperkenalkan kemaskini Android O untuk peranti keluaran mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd