Cari @ Amanz

Xiaomi pada tahun lepas telah mempopularkan penggunaan bingkai yang nipis melalui pengenalan Mi Mix. Mereka sendiri mengatakan ia sebagai peranti eksperimental, tetapi memasarkan ia secara terbuka kepada para pengguna umum.

Kini, selang setahun, Xiaomi dilihat dalam persediaan untuk melancarkan Mi Mix 2. Perekabentuk asal Mi Mix, iaitu Philippe Starck telah pun berkongsi video teaser ringkas yang memperlihatkan rekaan bingkai yang lebih nipis berbanding sebelumnya.

Tiada info lanjut yang dikongsikan mengenainya buat masa ini. Dengan video teaser ini, mungkin kita boleh menyasarkan Xiaomi memperkenalkan Mi Mix 2 seawal September ini kepada umum.

Xiaomi Mi Mix 2

Xiaomi Mi Mix 2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd