Permua Tekken Diumumkan Untuk Android Dan iOS

Permua Tekken Diumumkan Untuk Android Dan iOS

Diterbitkan pada Ogos 19, 2017 oleh .

Bersediakah anda untuk menjadi Raja Pertandingan Tinju Besi di peranti mudah alih? Bandi Namco baru sahaja mengumumkan permua permainan beat ’em up popular Tekken untuk Android dan iOS. Permua ini akan menawarkan sehingga 100 watak Tekken apabila ia dilancarkan kelak. Buat masa ini hanya pengguna iOS di Kanada dibenarkan memuat turunnya.

Tekken untuk peranti mudah alih membenarkan watak dikustomasi dan dipertingkatkan kemampuannya. Kerana ia permua percuma, kami pasti ia akan disokong melalui transaksi mikro. Terdapat move-set yang perlu dinyakunci sebelum boleh digunakan. Tarikh pelancarkan global masih belum diumumkan tetapi pemain boleh mendaftarkan minat mereka melalui pautan di bawah.


TIPS & ULASAN