Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Note 8 bakal dilancarkan secara rasminya pada minggu ini, dan selari dengannya beberapa teaser telah hadir. Paling terkini, Samsung hadir dengan sebuah video teaser khas untuknya yang menekankan penggunaan dwi-kamera.

Daripada video yang dikongsikan, ia kelihatan seperti antara ciri yang akan ditawarkan adalah termasuk keupayaan untuk zoom, selain kebolehan untuk pudarkan gambar latar belakang dan memfokuskan kepada objek – seumpama ciri Potrait pada peranti pesaing mereka.

Samsung menjadualkan pelancaran Galaxy Note 8 pada 23 Ogos 2017 ini, dan seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini mutakhir daripada pelancarannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd