Carian
Facebook Memfailkan Paten Untuk Kaca Mata Pintar
August 20, 2017 Aman

Facebook sebelum ini pernah memperlihatkan konsep untuk hadir dengan sebuah kaca mata pintar tersendiri sebelum ini, dan kini melalui pendaftaran paten oleh Facebook, beberapa info tambahan diketahui mengenai perancangan Facebook untuk kaca mata pintar mereka.

Daripada paten yang difailkan, ia dilihat kaca mata pintar ini akan memancarkan kandungan dan imej terus ke mata pengguna yang memakai kaca mata berkenaan – sekaligus menyatukan elemen dunia nyata dan maya untuk memudahkan pengguna mendapatkan informasi tambahan.

Facebook Kaca Mata

Pendaftarna paten juga memperlihatkan rekaan kaca mata seperti kebanyakkan kaca mata hari ini. Ia turut dilengkapi dengan sokongan kebolehan memainkan audio, sekaligus memudahkan pengguna menikmati kandungan realiti-maya melaluinya.

Buat masa ini, ia hanya sekadar pendaftaran paten sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan direalisasikan ataupun sebaliknya. Sebelum ini, Facebook turut dikatakan sedang membangunkan sebuah peranti yang memudahkan pengguna membuat panggilan video dan dijangka dipasarkan kepada umum sekitar tahun hadapan.

Komen