Illegear Raven – Laptop Gaming Spesifikasi Pertengahan Bermula RM4099

Illegear Raven – Laptop Gaming Spesifikasi Pertengahan Bermula RM4099

Diterbitkan pada Ogos 21, 2017 oleh .

Illegear sebuah jenama laptop tempatan yang terkenal dengan kemampuannya untuk mengubahsuai spesifikasi dalaman peranti-peranti mereka untuk memenuhi kehendak pelanggan mereka. Boleh dikatakan kebanyakan, jika tidak semua laptop dan komputer mereka boleh diubahsuai sebegini.

Terkini, Illegear baru sahaja mengumumkan kehadiran laptop gaming terbaru mereka, iaitu Illegear Raven, sebuah laptop dengan spesifikasi pertengahan. Model-model asas Illegear Raven ini hadir dengan pilihan CPU Intel Core i5-7300HQ ataupun Intel Core i7-7700HQ, RAM DDR4 sebanyak 8GB, storan cakera keras 1TB dan juga pilihan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 ataupun GeForce GTX 1050Ti.

Walaupun begitu, seperti yang dinyatakan sebelum ini, spesifikasi laptop Illegear Raven ini boleh diubahsuai di laman web Illegear, dan penambahbaikan yang boleh dilakukan termasuklah penambahan RAM, storan SSD, dan juga penentukuran paparan skrin untuk warna yang tepat.

Bercakap tentang paparan, Illegear Raven juga hadir dengan paparan skrin bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD 1920×1080, dan rekaan cangkerang yang cukup nipis, Dari segi I/O, laptop ini hadir dengan empat port USB 3.0, sebuah port USB 3.1 Type-C, sebuah port HDMI dan pembaca kad SD.

 

 

Papan kekunci dengan sistem penyalaan RGB semakin popular kebelakangan ini, dan Illegear juga memuatkan sebuah papan kekunci mekanikal RGB yang menggunakan suis mekanikal yang direka sendiri oleh pihak Illegear.

 

Laptop Illegear Raven mempunyai pelbagai konfigurasi, tetapi model asasnya, yang hadir dengan CPU Intel Core i5-7300HQ, memori DDR4 8GB, storan cakera keras 1TB dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 kini boleh dibeli untuk harga RM4099.

Layari laman web Illegear Raven


TIPS & ULASAN