Carian
Microsoft Memperkenalkan Xbox One S Edisi Minecraft
August 21, 2017 Aman

Minecraft merupakan salah satu permainan popular dengan jutaan pemain seluruh dunia – termasuk digunakan di sekolah untuk tujuan pembelajaran melalui permainan. Microsoft sebelum ini telah mengambil-alih pembangun permainan berkenaan, dan menawarkan sejumlah kemaskini sejak daripadanya.

Kini, bersempena dengan Gamescom 2017, pihak Microsoft turut mengambil peluang untuk memperkenalkan sebuah Xbox One S edisi terhad dengan tema Minecraft.

Xbox Minecraft

Konsol edisi terhad ini menggunakan rekaan ber-blok seperti pada permainan Minecraft, dan ditujukan khusus untuk para pengguna dan peminat Minecraft. Ia turut hadir dengan storan terbina 1TB bersama dengannya, termasuk permainan penuh Minecraft.

Microsoft akan menawarkan ia dibeberapa pasaran bermula Oktober kelak.

Komen