Cari @ Amanz

Nubia merupakan salah satu jenama dibawah ZTE, dan mereka telah sedia menawarkan beberapa peranti mereka untuk pasaran tempatan. Terkini, mereka dalam perancangan untuk memperkenalkan sebuah peranti edisi terhad untuk Nubia Z17 Mini di Malaysia.

Nubiz Z17 Mini hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci menggunakan paparan HD penuh, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 653, memori 6GB RAM, ruangan storan 128GB, dan dilengkapi bateri berkapasiti 2950mAh.

Melengkapkan peranti ini adalah kamera hadapan 16-megapixel, dan juga dwi-kamera belakang 13-megapixel.

Nubia Z17 Mini ini kini dibuka untuk pra-tempah pada harga RM1599, dan dijangka dipasarkan bermula 30 Ogos 2017 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd