Cari @ Amanz

Kad grafik AMD Radeon RX Vega yang dinanti-nantikan orang ramai sudahpun hadir di pasaran dunia, dan nampaknya rakan-rakan pembina kad grafik sedang giat melancarkan model kad grafik berasaskan RX Vega mereka sendiri.

ASUS tidak terkecuali dalam hal ini. Sebelum ini, mereka mengumumkan kehadiran beberapa kad grafik dengan rekaan penyejuk asas, dan kini, mereka baru sahaja mengumumkan kehadiran siri kad grafik ASUS ROG STRIX Radeon RX Vega yang menggunakan penyejuk tiga kipas DirectCU III yang digunakan pada kad grafik ASUS STRIX GTX 1080 Ti sebelum ini.

Siri STRIX RX Vega ini dikatakan hadir dengan tiga variasi, dan dua daripadanya berasaskan kad grafik RX Vega 64, manakala sebuah lagi berasaskan RX Vega 56. Model STRIX Radeon RX Vega 64 O8G dikatakan hadir dengan cip pemprosesan grafik yang di-overclock, Sebuah lagi model dikatakan hadir dengan kelajuan asas sama seperti kad AMD RX Vega 64, manakala model yang terakhir adalah berasaskan AMD RX Vega 56.

Selain dari itu, kad grafik ini juga hadir dengan ciri-ciri seperti sistem nyalaan lampu RGB ASUS AuraSync sama seperti kad-kad grafik dari siri ROG yang lain.

Buat masa ini, pihak ASUS Malaysia masih belum lagi memberikan kata putus bila kad grafik ASUS ROG STRIX Radeon RX Vega ini akan hadir di pasaran Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd