Tiga Papan Induk Intel X299 Dari ASUS Hadir Di Pasaran Malaysia

Tiga Papan Induk Intel X299 Dari ASUS Hadir Di Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 21, 2017 oleh .

CPU Intel Kaby Lake-E sudahpun memasuki pasaran Malaysia, dan kini papan-papan induk X299 juga hadir untuk melengkapkan cip pemprosesan tersebut.

ASUS baru sahaja mengumumkan kehadiran tiga buah papan induk baru di dalam siri Intel X299 ini, dan mereka termasuklah ASUS ROG Strix X299-E Gaming, ASUS TUF X299 Mark 2 dan ASUS Prime X299-A. Kesemua papan induk ini hadir dengan ciri-ciri mereka tersendiri, termasuklah kebolehan overclock, sistem penyalaan LED AuraSync dan penggunaan komponen-komponen berkualiti tinggi yang mampu bertahan lama walaupun ianya digunakan untuk menjalankan tugas-tugas yang kompleks.

ASUS juga telah mengumumkan tanda harga untuk ketiga-tiga papan induk ini:

  • ASUS ROG Strix X299-E Gaming – RM 1735
  • ASUS TUF X299 Mark 2 – RM 1318
  • ASUS Prime X299-A – RM1690

Dalam pada itu, pihak ASUS Malaysia sedang menjalankan sebuah promosi dimana jika anda membeli sebuah papan induk ASUS X299 ini bersama-sama dengan sebuah kad grafik ASUS GeForce GTX 1070 dan keatas, anda akan menerima kredit Steam Store sebanyak RM100.

Promosi ini berlangsung bermula 14 Ogos 2017 sehingga 30 September 2017, dan boleh ditebus di kedai-kedai menjual komponen komputer ASUS yang disahkan di seluruh Malaysia. Kod tersebut pula boleh ditebus di sini,


TIPS & ULASAN