Intel Core Generasi Kelapan Diperkenalkan – Menawarkan Kuasa Pemprosesan Lebih 40%

Intel Core Generasi Kelapan Diperkenalkan – Menawarkan Kuasa Pemprosesan Lebih 40%

Diterbitkan pada Ogos 21, 2017 oleh .

Intel hari ini telah memperkenalkan keluarga cip pemprosesan terbaru mereka, iaitu Intel Core generasi ke-lapan. Menurut Intel, cip generasi baru ini menawarkan kuasa pemprosesan 40% lebih pantas berbanding cip generasi sebelum ini.

Intel turut mengatakan yang mana cip pemprosesan generasi baru ini menawarkan kuasa pemprosesan dua kali ganda lebih pantas sekiranya anda menggunakan komputer lima tahun lepas, dan ingin menaik-taraf ke generasi terbaru ini.

Dari segi penawaran masa bateri, ia menawarkan masa penggunaan yang lebih kurang sama seperti cip generasi sebelum ini – dimana ia boleh menawarkan masa penggunaan sehingga 10 jam lamanya.

Dengan pembangunan teknologi baru seperti realiti-maya, sokongan video 4K, realiti-gabungan dan sebagainya, Intel mengatakan ia menawarkan kuasa pemprosesan yang sangat baik dan efisyen berbanding cip sebelum ini.

Peranti pertama yang dijana menggunakan cip Intel Core generasi ke-8 dengan cip Core i5 atau i7 akan hadir bermula bulan September ini. Intel turut mengatakan beberapa versi turut akan menjadi produk pertama Intel yang hadir dengan rekaan 10nm. Cip Intel Core generasi ke-8 untuk desktop turut dijangka hadir dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN